Hang Tuah dan Sistem Kasta

 1. Sistem kasta dicipta oleh masyarakat feudal untuk mengawal setiap lapisan atau golongan di kalangan rakyat (orang ramai).

2. Pencipta kasta ini meletakkan 'martabat' atau derajat kepada setiap pekerjaan.

3. Darjat yang tinggi memikul tanggungjawab yang tinggi. Namun, jika diamati darjat rendah memikul pekerjaan yang berat dari segi fizikal. Perkara ini boleh dipertikaikan keadilannya kerana yang pemberian imbuhan dan hasil yang ditidak setimpal hanya kerana tahap darjat setiap golongan.

4. Oleh kerana itu, di zaman Rasulullah s.a.w, darjat golongan kasta ini dihapuskan dan dimansuhkan.

5. Di zaman Kesultanan Melaka, antara orang yang dapat memanjat darjat ini adalah Hang Tuah. Dari rakyat bawahan biasa berketurunan orang Laut, Hang berjaya dilantik menjadi hulubalang istana. Dari hulubalang menjadi ketua panglima. Di zaman Sultan Mansur Syah, Hang Tuah diberikan darjat Laksamana di Majapahit. Bila sampai di Melaka, pangkat dan darjat Laksamana diberi sama tarafnya dengan Bendahara.

6. Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan hasad di kalangan pembesar dan golongan yang berkepentingan. Lebih-lebih lagi golongan ini bergantung pada kelompongan sistem kasta yang dapat memberi mereka keuntungan dengan besar secara mudah. 

7. Keberadaan Hang Tuah mencabar sistem mereka ini, lalu dirancang segala fitnah untuk menjatuhkan Hang Tuah supaya sistem kasta mereka ini terus diamalkan.

WALID
Khamis 15 FEB 2024

Comments

Popular Posts